Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

71) DASAR PEMBANGUNAN DESA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan pembangunan lot rumah yang tidak tersusun di tanah pertanian kampung tradisi?

    Merujuk kepada KajianPelan Halatuju Strategik Desa Negeri Selangor 2035 telah dikenalpasti terdapat 519 buah kampung dan dari jumlah tersebut 368 adalah Kampung Tradisi.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri pada tahun ini sedang menyediakan Pelan Tindakan Khas (PTK) Kajian Penstrukturan Semula Kampung Dalam Bandar Negeri Selangor 2019 – 2023 dengan peruntukan RM1.5 juta sebanyak telah mengenalpasti 27 buah kampung dalam bandar yang mempunyai penduduk lebih daripada 10,000 orang telah dikenalpasti untuk diselia Pelan Perancangan Gunatanah secara terperinci serta mengkaji pendekatan perancangan bersesuaian bagi pembangunan tanah pertanian termasuklah lot-lot lidi.

Lampiran

Tiada Lampiran.