Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

69) DASAR PEMBANGUNAN TANAH

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian Negeri Selangor berkenaan cadangan untuk mengekalkan kawasan lapang/ kawasan rekreasi/ taman permainan terutamanya di kawasan yang sudah mempunyai pembangunan yang tepu?

    Pertambahan penempatan atau kediaman di Selangor bukan satu fenomena yang asing tambahan kedudukannya dalam kawasan Lembah Klang yang sangat aktif dan pesat membangun. Penyediaan bagi kawasan lapang/ kawasan rekreasi juga diperuntukkan sebanyak 10% di dalam Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan yang disediakan oleh PlanMalaysia@ Selangor. Bagi mengekalkan kawasan lapang/ kawasan rekreasi/ taman permainan terutamanya di kawasan yang sudah mempunyai pembangunan yang tepu, Kerajaan Negeri amat komited dalam pematuhan penyediaan kawasan tersebut selaras dengan usaha mencapai matlamat bandar rendah karbon dan menjadikan Selangor bandar yang maju dan berdayahuni.

    Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri memantau status pewartaan tanah lapang ini melalui pelaporan yang dikemukakan dalam setiap Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.