Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

85) DASAR PEMBASMIAN KEMISKINAN SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar pembasmian kemiskinan Kerajaan Negeri Selangor yang boleh digunapakai oleh semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Selangor?

    Secara dasarnya, Kerajaan Negeri telah menetapkan Paras Garis Kemiskinan adalah sebanyak RM1,500.00 melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil. 1/2009 pada 7 Januari 2009. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan telah melaksanakan pelbagai program pembasmian bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi dan taraf hidup golongan miskin seperti Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Tajaan Kemahiran Teknikal melalui Kolej Antarabangsa INPENS, Program Pemberian Baucer sempena Perayaan dan Program Back to School.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan beberapa Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di bawah Jawatankuasa – jawatankuasa Tetap yang lain untuk membantu meringankan bebanan rakyat seperti Program Air Bersih Percuma sebanyak 20 meter padu sebulan, Program Skim Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mikrokredit Selangor, Skim Mikrokredit Miskin Bandar dan pelbagai lagi. Melalui program-program yang telah disediakan ini, ianya diharap akan membolehkan golongan sasaran terus mendapat manfaat serta memastikan peluang ekonomi secara saksama tanpa mengira etnik dan latar belakang ke arah membentuk masyarakat yang lebih makmur dan berdaya maju.

Lampiran

Tiada Lampiran.