Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

282) DASAR PEMILIKAN PPRT

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar pemilikan rumah PPRT di Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Pemilikan Rumah PPR atau PPRT di Selangor yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) hanya berkonsepkan sewaan pada harga RM 124 sebulan atau RM 250 sebulan berdasarkan kriteria kelayakan pemohon. Dari itu, Kerajaan Negeri tidak ada melaksanakan dasar pemilikan rumah tersebut kepada penghuni. Penghuni yang menyewa ini adalah digalakkan untuk membeli Rumah Selangorku melalui pendaftaran secara „online‟ di laman sesawang Mereka ini akan diberikan keutamaan dalam memiliki Rumah Selangorku. Selain daripada sewaan rumah PPR atau PPRT, Kerajaan Negeri juga membantu golongan berpendapatan sederhana dengan menyediakan Skim „Smart Sewa‟ di mana unit kediaman yang dibeli oleh Kerajaan Negeri akan disewakan pada kadar sewa kurang 30% dari nilai sewaan pasaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.