Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

193) DASAR PEMILIKAN TANAH/RUMAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pemberian geran hak milik tanah kediaman dengan pembayaran RM 1000 bercanggah dengan kanun tanah negara atau mana-mana akta tanah?

    Merujuk kepada Pekeliling PTGS Bil.6/2011 :Garis Panduan Skim Pemilikan Tanah Kerajaan Untuk Tujuan Bangunan Kediaman Persendirian di Negeri Selangor yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2011, sekiranya individu memilih untuk membayar premium nominal pada kadar RM1,000.00, hakmilik akan dikeluarkan kepada individu tersebut.

    Peruntukan di dalam seksyen 76 KTN dengan jelas membenarkan pemberimilikan tanah sebagai balasan pembayaran premium. Premium RM1,000 ini, bukanlah initial premium atau dianggap sebagai bayaran deposit premium untuk mendapatkan dokumen hakmilik tanah. Bayaran RM1,000.00 hendaklah sentiasa dirujuk sebagai bayaran premium NOMINAL RM1,000.00, bagi mengelakkan kekeliruan dari semua pihak.

Lampiran

Tiada Lampiran.