DASAR PEMUTIHAN GERAI DAN PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN TIDAK SAH

192) DASAR PEMUTIHAN GERAI DAN PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN TIDAK SAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagi pemutihan kawasan-kawasan setinggan, kerajaan tidak meruntuhkan rumah-rumah setinggan sehingga ada tempat-tempat kediaman bagi memindahkan penduduk terlebih dahulu. Bagi gerai-gerai dan premis-premis perniagaan tidak sah yang telah sedia wujud sebelum 8 Mac 2008. Adakah dasar yang sama tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan, iaitu kerajaan mewujudkan tempat-tempat perniagaan yang sesuai terlebih dahulu sebelum mengusir dan merobohkan gerai-gerai dan premis-premis tersebut?

    Kerajaan Negeri masih mengamalkan dasar yang sama di mana gerai-gerai tidak sah tidak akan dirobohkan sewenang-wenangnya. Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri ialah dengan menawarkan gerai-gerai PBT yang masih kosong untuk dimasuki oleh peniaga-peniaga terlibat. Manakala bagi gerai-gerai yang berada di lokasi yang bersesuaian, PBT akan mengeluarkan permit sementara untuk mereka terus berniaga sehingga tapak gerai yang sesuai disediakan kepada mereka.

     

    Walau bagaimanapun terdapat pemilik–pemilik gerai tidak sah ini berdegil dan terlalu memilih lokasi gerai yang ditawarkan oleh PBT. Keadaan ini menyukarkan PBT untuk menyediakan ruang niaga yang sesuai kepada mereka dan kadangkala gerai mereka terpaksa dirobohkan kerana lokasi mereka tidak sesuai dan menghalang lalu lintas serta menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.