Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

341) DASAR PENDIDIKAN TINGGI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar pendidikan tinggi negeri Selangor?

    1. Dasar pendidikan tinggi negeri Selangor ialah ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan berfikiran kritis. Menerusi proses ini, diharap IPTA dan IPTS yang ada dapat menyumbang kepada kemajuan negeri secara berterusan. Kerajaan Negeri menekankan kualiti dan akses pendidikan. Selain IPTA dan IPTS yang lazim wujud di negeri-negeri lain, Kerajaan Negeri juga mempunyai keistimewaan dengan tiga buah IPT negeri iaitu UNISEL, KUIS dan INPENS. Ketiga-tiga institusi ini mempunyai peranan strategik di dalam pembangunan negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.