Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

60) DASAR PENILAIAN PEROLEHAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila huraikan secara terperinci keberkesanan Dasar Penilaian Perolehan Secara Cut-Off

    Dasar Penilaian Perolehan Secara Cut-Off ialah satu proses tanda aras sebut harga dan tender yang diperolehi daripada pasaran melalui formula statistik bagi mendapatkan harga yang munasabah. Sistem ini digunapakai untuk setiap perolehan Kerajaan secara sebut harga dan tender yang disertai oleh lebih sepuluh (10) pembida kerana keberkesanannya dalam aspek-aspek berikut:-

    1. Proses penandaarasan secara statistik telah dapat membantu jabatan/agensi dalam memastikan kemunasabahan harga bidaan yang hendak diperakukan agar setiap ringgit yang dibelanjakan Kerajaan akhirnya berjaya memperoleh nilai yang terbaik dan menguntungkan (Value for Money);
    2. Mengelakkan aktiviti melobi projek-projek Kerajaan memandangkan penilaian perolehan sebut harga dan tender diurus secara kaedah statistik yang telah dibuktikan berintegriti dan sistematik. Di dalam konteks Negeri Selangor, harga yang diperakukan mestilah harga yang berada dalam lingkungan julat Cut-Off iaitu harga yang tidak lebih rendah dari -20.00% Builders Work Adjusted Mean (BWAM);
    3. Berfungsi sebagi alat atau tools kepada jabatan/agensi untuk menyenarai pendek pembida-pembida yang mana harganya munasabah susulan hanya sepuluh (10) harga terbaik yang berada di dalam lingkungan atau julat Cut-Off dan tidak lebih rendah dari – 20.00% BWAM sahaja yang akan dibawa ke penilaian teknikal. Kaedah ini membantu jabatan/agensi mempercepatkan proses penilaian kerana harga-harga yang terlalu rendah dan terlalu tinggi telah disisihkan di peringkat awal.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.