Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

251) DASAR PENSWASTAAN DALAM PBT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banyak tapak-tapak perniagaan yang dibina oleh Pihak Berkuasa Tempatan sebelum ini telah diswastakan pengurusannya kepada pihak ketiga untuk tempoh yang lama. Syarikatsyarikat pengurusan tersebut mengaut keuntungan berlipat ganda melalui sewaan yang tinggi kepada peniaga, dan hanya membayar PBT kadar sewa yang rendah. Adakah terdapat dasar penswastaan Kerajaan Negeri untuk Pihak Berkuasa Tempatan. Sila nyatakan

    Pada ketika ini, semua permohonan penswastaan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menggunakan Garis Panduan Memproses Permohonan dan Pelaksanaan Projek Penswastaan Di Negeri Selangor Darul Ehsan melalui Pekeliling Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor Darul Ehsan Bil. 3 Tahun 1998.

    Pekeliling ini menjelaskan garis panduan memproses permohonan dan pelaksanaan projek yang melibatkan tanah Kerajaan atau lain-lain projek penswastaan (perkhidmatan) di Negeri Selangor di mana semua keputusan akan diperoleh melalui pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor.

    Dalam hal ini, Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa semua permohonan projek penswastaan hartanah yang melibatkan tanah kerajaan perlu dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor sebelum dibentangkan ke Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Sebaliknya, jika tanah-tanah adalah milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), maka PBT berkenaan perlu membentangkannya terus ke MTES untuk mendapatkan keputusan Pihak Berkuasa Negeri.

     

    Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya tidak lagi menerima apa-apa pulangan dalam bentuk in-kind sebagai balasan kepada projek-projek penswastaan yang akan datang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.