Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

137) DASAR PEROLEHAN PKNS

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah benar bahawa dasar perolehan PKNS hanya dibuka kepada syarikat Bumiputera 100%?

    Dasar Perolehan PKNS adalah berpandukan kepada Peraturan Perakaunan dan Kewangan PKNS yang telah diluluskan oleh Ahli Perbadanan PKNS. Kenyataan Dasar Perolehan PKNS hanya dibuka kepada syarikat Bumiputera 100% adalah tidak

     

    Dasar Perolehan PKNS adalah seperti berikut :

     

    ·         Perolehan Sebut Harga (Kurang daripada RM500,000)

    §  Perolehan Tender (Lebih daripada RM500,000)

     

    • Terdapat 2 jenis Tender iaitu Tender Kerja dan Tender Bekalan dan Perkhidmatan

     

    1. Tender Kerja

     

    • Kesemua tawaran tender PKNS hanya dipelawa kepada syarikat yang bertaraf Bumiputera sahaja kecuali bagi kerja-kerja kepakaran adalah terbuka kepada syarikat Bumiputera atau Bukan

     

    1. Tender Bekalan dan Perkhidmatan

     

    • Hendaklah ditawarkan kepada syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan terbuka kepada Syarikat Bumiputera atau Syarikat Bukan Bumiputera

     

    • Perkhidmatan Perunding

     

    • Adalah perkhidmatan yang disediakan oleh firma perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang perkhidmatan perunding berkaitan dan di kategori sebagai perunding fizikal dan perunding bukan

     

    • Pelantikan Perunding adalah terbuka kepada Syarikat Bumiputera atau Bukan

Lampiran

Tiada Lampiran.