Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

234) DASAR PERUMAHAN BAGI MENGELAK PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar perumahan yang akan diperkenalkan bagi mengelak projek perumahan terbengkalai?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sedang mengambil beberapa langkah yang lebih komprehensif dan berkesan dengan memperkenalkan beberapa dasar baru bagi mengelak projek perumahan terbengkalai seperti berikut :

    • Kerajaan Negeri akan minta KPKT untuk meningkatkan penguatkuasaan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) melalui pemantauan 6 bulan sekali di mana pemaju diwajib menghantar  Borang 7F untuk memaklumkan status terkini kedudukan projek yang sedang dibina.
    • Pihak Berkuasa Tempatan juga perlu memantau secara dekat dimana Jadual Kedua Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 menghendaki pemaju mengemukakan Borang-borang A, B, C, D dan E kepada PBT dan salinan borang-borang tersebut perlu dikemukakan kepada LPHS bagi tujuan pemantauan. Dengan mengemukakan salinan-salinan borang tersebut LPHS akan dapat mengenal pasti sekiranya berlaku masalah terhadap sesebuah projek dan tindakan awal akan dapat dijalankan.
    • LPHS melalui sistem pendaftaran pemaju akan memantau terus projek dimana pemaju dikehendaki berdaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sekiranya ingin menjalankan pembangunan perumahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Kebenaran Merancang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Selain dari itu mereka turut dikehendaki mengemukakan laporan status projek berserta jadual kerja bagi setiap projek pembangunan di Selangor bagi tujuan pemantauan dan setiap projek dijalankan mengikut jadual. Dengan sistem pendaftaran pemaju ini, LPHS juga akan bertindak sebagai ‘one stop centre’ di mana semua maklumat dikumpulkan dan diedarkan kepada semua Bank, PBT dan KPKT sebagai sistem amaran awalan sekiranya berlaku projek terbengkalai. Lawatan ke tapak projek akan dijalankan dari masa ke semasa bersama pihak perunding projek, bank-bank berkenaan dan PBT sekiranya projek tersebut menunjukkan ciri-ciri projek akan bermasalah.
    • Konsep Bina dan Jual perlu dilaksanakan lebih meluas lagi, demi melindungi rakyat daripada dianiaya oleh pemaju. Melalui konsep ini masalah projek terbengkalai tidak akan berulang.

Lampiran

Tiada Lampiran.