Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

224) DASAR PERUMAHAN KERAJAAN SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah masih dilaksanakan dasar setiap warga Selangor memiliki rumah? Jika tidak, apakah dasar perumahan Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’ bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat didiami. Ini selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri di mana Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dipertanggungjawabkan untuk memantau pelaksanaan projek Rumah Selangorku bagi mencapai sasaran dalam penyediaan Rumah Selangorku kepada setiap keluarga di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.