Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

4) DASAR PERUMAHAN MAMPU MILIK (DRMM)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan dasar Rumah Selangorku selari dengan DRMM?

    Dasar Rumah Selangorku 2.0 yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri dan telah dikuatkuasa pemakaiannya mulai 2 April 2018 adalah bertujuan untuk merealisasikan matlamat Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna”. Rumah Selangorku merupakan rumah harga kawalan di mana harga jualan dan pembelinya dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Harga Rumah Selangorku adalah bermula dari RM42,000.00 hingga RM250,000.00 seunit yang mana mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah sehingga sederhana.

    Dalam merangka dan melaksanakan Dasar Rumah Selangorku 2.0 ini, Kerajaan Negeri bersama-sama Kerajaan Persekutuan telah mengambil langkah dalam memastikan dasar ini selari dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kerajaan Negeri telah mengambilkira enam (6) kriteria utama perumahan mampu milik yang telah ditetapkan di dalam DRMM ini. Berikut merupakan perbandingan / huraian 6 kriteria DRMM dengan Rumah Selangorku 2.0.

    Bil. DRMM Dasar Rumah Selangorku 2.0
    1. Kategori Harga Rumah Mampu Milik Mengikut Negeri

    – Harga jualan adalah di bawah RM300,000.00 seunit.

     

    Rumah Selangorku berharga dari RM 42,000.00 hingga                        RM 250,000.00 seunit.

     

    2. Standard Perumahan Mampu Milik. Spesifikasi minima Rumah Selangorku telah diadakan agar ianya berkualiti dan setanding dengan produk perumahan harga bebas.
    3. Piawaian Pembinaan Rumah Berkualiti.

     

    Kerajaan Negeri cuba menerapkan bahan binaan yang mendapat pengiktiran SIRIM dan Perakuan Pematuhan Standard (Bahan Binaan) serta galakkan Skim Pensijilan Sistem Penilaian Kualiti Dalam Pembinaan QLASSIC oleh CIDB.

     

    4. Kawalan Pemilikan Rumah Mampu Milik Pindahmilik hanya dibenarkan selepas lima (5) tahun dari Perjanjian Jual Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

     

    5. Kawalan Pembangunan Rumah Mampu Milik i.      Dikenakan syarat pembangunan 5 ekar dan ke atas.

    ii.    Membina Rumah Selangorku secara serentak atau bersekali dengan rumah harga bebas.

     

    6. Kuota Pemilikan Bumiputera Dikenakan syarat Kuota Bumiputra seperti berikut :

    – Jenis A dan B = 70%

    – Jenis C, D & E = 50%

Lampiran

Tiada Lampiran.