Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

23) DASAR PERUMAHAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Dasar Perumahan Negeri Selangor digubal dan apakah visi utama dasar ini?

    Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor (Rumah Selangorku) telah mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2014 berdasarkan kepada Pekeliling Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Bilangan 1 Tahun 2013 berkenaan Dasar

    Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor (Rumah Selangorku) berdasarkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 35/2013 bertarikh 13 November 2013 bagi menggantikan Dasar 20 : 20 : 10 atau 20 : 10 : 10.

    Di antara visi utama Dasar Rumah Selangorku adalah bagi merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’ iaitu memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa, selamat serta kondusif untuk didiami.

    Dasar ini juga menekankan kepada penyediaan perumahan mampu milik atau „Affordable Homes‟ yang pelbagai dari segi lokasi, jenis dan saiz pada harga bermula RM42,000.00 sehingga RM250,000.000.

Lampiran

Tiada Lampiran.