Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

82) DASAR RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan pendirian kerajaan negeri berkenan rumah Ibadat bukan Islam yang menduduki di atas tanah kerajaan?

    Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) ke 23/2008, dasar Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa, mana-mana Bangunan Keagamaan yang dibina secara tidak sah di atas tanah-tanah Kerajaan termasuk rizab jalan, sungai dan parit selepas 1 Mac 2008 akan dikenakan tindakan

    Segala tindakan penguatkuasaan perlulah mematuhi Garis Panduan Tatacara Penguatkuasaan Rumah Ibadat Selain Islam dan Tempat Penyembahan di bina tanpa kebenaran di Negeri Selangor yang telah diluluskan didalam MMKN ke 4/2014. Garis panduan ini menetapkan segala tindakan penguatkuasaan perlulah dibawa ke dalam Mesyuarat Hal Ehwal Selain Islam sebelum diangkat ke MMKN untuk pertimbangan.

    Sehubungan itu, Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Selain Islam juga bertanggungjawab untuk menyemak dan mempertimbangkan setiap permohonan pewartaan tanah kerajaan, tukar syarat tanah untuk pembinaan bangunan bagi Rumah Ibadat Selain Islam.

    Setiap permohonan akan di bincangkan di peringkat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam berdasarkan ulasan jabatan teknikal yang berkaitan, satu kertas ringkasan beserta persetujuan yang di putuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam akan di angkat untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

    Walaubagaimanapun, terdapat permohonan yang tidak dapat dipertimbangkan untuk diwartakan sekiranya tanah yang dipohon terletak di atas tapak kemudahan awam tertentu seperti rizab sungai, rizab jalan, rizab kawasan lapang, rizab rentis TNB dan juga rizab kawasan pelupusan sampah, rizab tadika dan rizab balairaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.