Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

191) DASAR “SETIAP INDIVIDU MILIKI KEDIAMAN”

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status dasar kerajaan negeri Selangor tentang "Setiap individu miliki kediaman sendiri"?

    Bermula 1 Januari 2014, Kerajaan Negeri telah mula memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik (Rumah Selangorku) yang mana telah menetapkan harga jualan rumah mampu milik diantara RM42,000.00 sehingga RM250,000.00 bergantung kepada saiz binaan, jenis rumah dan lokasi. Dasar yang diperkenalkan ini dijangka mampu membantu golongan berpendapatan rendah di bawah RM3,000 sebulan untuk memiliki Rumah Kos Rendah (Rumah Selangorku Jenis A) dan juga golongan berpendapatan sederhana dengan pendapatan sekeluarga di bawah RM8,000 sebulan untuk memiliki Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku Jenis B atau C atau D). Rumah Selangorku ini berupaya mencapai visi Kerajaan Negeri untuk menyediakan satu keluarga satu kediaman yang sempurna.

Lampiran

Tiada Lampiran.