DASAR TANAH SELANGOR

73) DASAR TANAH SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan syarat-syarat permohonan pemberimilikan tanah dan TOL yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

    Pemberimilikan tanah dan pemberian TOL adalah sebahagian daripada kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk melupuskan Tanah Kerajaan. Berdasarkan Seksyen 43 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) telah menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh melupuskan Tanah Kerajaan kepada orang-orang atau badan-badan berikut:-

    1. Orang-orang benar selain daripada remaja;
    2. Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah;
    3. Raja-raja pemerintah, Kerajaan, Organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan

    Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957; dan iv. Badan-badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

    Selain daripada syarat-syarat utama yang dinyatakan dalam Seksyen 43 KTN, Kerajaan Negeri juga, melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor telah mengeluarkan Pekeliling-Pekeliling dan Arahan-Arahan Pengarah Tanah dan Galian Selangor yang boleh diperolehi melalui laman sesawang PTGS sebagai rujukan awam bagi tujuan permohonan pemberimilikan dan TOL. Antaranya adalah Pekeliling PTGS Bil. 4/2015 untuk tujuan TOL dan Pekeliling PTGS Bil. 6/2011 untuk tujuan Skim Pemberimilikan Kediaman Persendirian Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.