Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

43) DASAR TENDER TERENDAH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah projek yang telah diluluskan di bawah dasar ini di peringkat negeri dan setiap PBT?

    Dasar tender terendah atau nama sebenarnya Dasar Harga Terendah Setelah Melepasi Penilaian Teknikal adalah dasar yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri bagi mencapai objektif Value for Money di dalam setiap ringgit yang dibelanjakan. Dalam tempoh 2011 hingga 2014, terdapat 322 projek yang telah dilaksana di peringkat Negeri secara tender menggunakan dasar ini dengan nilai perolehan sebenar sebanyak RM 1,927,758,881.76 berbanding Anggaran Jabatan (AJ) sebanyak RM 2,357,970,188.93. Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri telah merekodkan penjimatan sebanyak RM 430,221,757.16 atau 18.25%. (Perincian di Lampiran A)

    Dalam tempoh yang sama, sebanyak 3,761 projek telah diurus secara tender di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan menggunapakai dasar yang sama. Berdasarkan rekod, perolehan yang dilaksanakan oleh PBT tersebut melibatkan Anggaran Jabatan (AJ) berjumlah RM 1,175,196,194.52 dan nilai perolehan sebenar berjumlah RM 940,892,349.82. Ini bermaksud, perolehan di peringkat PBT telah mencapai penjimatan berjumlah RM 210,139,881.65 atau 18%. (Perincian di Lampiran B).

    Untuk tujuan rekod, Dasar Harga Terendah Setelah Melepasi Penilaian Teknikal ini telah digantikan dengan Dasar Penilaian Perolehan Secara Sistem Cut-Off mulai 1 Januari 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.