Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

119) DASAR TENDER

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah dasar ñcut offî yang menggantikan dasar tender terendah, perlaksanaan projek lebih efisien?

    Kerajaan Negeri Selangor mula menguatkuasakan pelaksanaan Dasar Penilaian Perolehan Secara Sistem Cut-Off kepada semua jabatan/agensi di Negeri Selangor mulai 1 Januari 2015 menerusi Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil. 7 Tahun 2014. Setelah dasar ini terpakai, didapati tidak ada mana- mana projek Kerajaan Negeri yang diperakukan menggunakan kaedah ini yang dilaporkan sebagai projek sakit. Sebagai makluman, projek sakit didefinisikan sebagai projek yang mengalami kelewatan melebihi 20% dari jadual asal melebihi tempoh 3 bulan berturut-turut. Malah, Kerajaan Negeri juga mendapati tiada kontraktor yang menarik diri setelah memasuki tapak atau ditamatkan atas isu-isu berkaitan harga kontrak sepanjang tempoh pelaksanaan dasar tersebut. Ini menunjukkan bahawa proses perolehan projek-projek Kerajaan Negeri telah dapat diurus secara lancar dan sistematik kerana ia berpandukan kepada kaedah statistik yang diyakini dan

Lampiran

Tiada Lampiran.