Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

201) DATARAN BELIA DI DUN SELAT KLANG

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Padang Awam di Kampung Delek adalah satu satunya padang awam di DUN Selat Klang. Apakah kerajaan negeri boleh menyediakan dataran belia yang sesuai di situ?

    Kampung Delek merupakan kawasan yang asal terletak di luar pentadbiran MPK sebelum tahun 2005. Tiada padang awam berpusat sedia ada kerana lot tanah yang berbentuk “piece meal” dan tiada tanah Kerajaan diperuntukkan untuk padang

     

    MPK melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa akan mengenalpasti kapasiti tanah yang sesuai khususnya tanah Kerajaan bagi tujuan mewujudkan padang awam berkenaan.

     

    Berdasarkan semakan, terdapat satu padang bola awam seluas lebih kurang 2 ekar yang digunakan oleh penduduk di Kg. Delek khususnya para belia. Padang awam tersebut diurus dan diselenggarakan oleh JKKK. Pihak Majlis akan menyemak status tanah dan jika tanah tersebut adalah rezab Kerajaan, Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengkaji untuk menaiktaraf kemudahan tersebut berdasarkan peruntukan yang ada pada tahun 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.