Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

209) DATO’ BANDAR DAN YDP PBT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Malaysia adalah antara segelintir negara demokrasi yang melantik kakitangan awam untuk menerajui kerajaan tempatan sebagai DATO' Bandar dan YDP PBT. Amalan ini bercanggah dengan prinsip demokrasi kerana kakitangan awam adalah pelaksana dasar dan bukan peneraju penggubalan dasar kerajaan. Selaras dengan usul yang telah diluluskan oleh Sidang DUN agar Kerajaan berusaha memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan. Apakah langkah-langkah yang sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi kepincangan ini?

    Sebagaimana YB-YB sedia maklum, Dewan Undangan Negeri Selangor telah pun meluluskan usul memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan. Kerajaan Negeri menerima usul ini secara prinsip tetapi kajian dan perbincangan meluas perlu dijalankan bagi memikirkan bagaimana memperkenalkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan selaras dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan merujuk kepada Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.