Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

269) DATO MENTERI BESAR SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah agensi, badan berkanun dan anak syarikat yang melantik Dato Menteri Besar sebagai pengerusi lembaga pengarah?

     

    a), b) dan c)

     

    Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) – (“MBI”)

     

    Selaras dengan peruntukan dalam Enakmen Menteri Besar Selangor No.3 Tahun 1994 yang diluluskan pada 21hb September 1994, ada menyatakan “orang yang pada masa ini memegang jawatan atau melaksanakan fungsi-fungsi Menteri Besar Selangor dan penggantinya dalam jawatan, hendaklah menjadi Pertubuhan Perbadanan dengan nama “Menteri Besar Selangor” (kemudian daripada ini disebut “Perbadanan)”.

     

    Kumpulan Darul Ehsan Berhad (“KDEB”)

     

    Selaras dengan peruntukan di dalam Artikal 76, Tataujud dan Tataurusan Syarikat KDEB menyatakan “sementara Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)(Enakmen No.3,1994) memiliki kawalan kepentingan di dalam syarikat, jawatan Pengerusi Syarikat akan disandang oleh Menteri Besar Selangor”.

     

    Permodalan Negeri Selangor Berhad (“PNSB”)

     

    PNSB adalah milik penuh MBI. Menteri Besar sebagai Pengerusi MBI secara otomatiknya adalah juga Pengerusi PNSB.

     

    Invest Selangor Berhad (“ISB”)

     

    Selaras dengan peruntukan di dalam Tataujud dan Tataurusan syarikat merekodkan bahawa pelantikan Ahli Lembaga Pengarah adalah terdiri daripada kakitangan Kerajaan Negeri Selangor yang memegang jawatan Menteri Besar, Dato’ SUK, Dato’ PWN, Timbalan SUK ( Pembangunan), CEO PNSB (diganti Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan) dan Ketua Pegawai Eksekutif SSIC Berhad.

     

    Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (“PIYSB”)

     

    Pelantikan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sebagai Pengerusi adalah berdasarkan Pengarah Pertama (YAB Dato’ Menteri Besar pada ketika itu) yang dinamakan di dalam Tataujud dan Tataurusan Syarikat (Artikel No. 62).

     

    Communication Corporation Sdn. Bhd. (“CCSB“)

     

    Pelantikan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sebagai Pengerusi adalah berdasarkan Pengarah Pertama (YAB Dato’ Menteri Besar pada ketika itu) yang dinamakan di dalam Tataujud dan Tataurusan Syarikat (Artikel No. 3).

     

    Tourism Selangor Sdn. Bhd. (“TSSB”)

     

    Pelantikan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sebagai Pengerusi berkuatkuasa pada 2hb April 2004 di mana YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada ketika itu telah dilantik. Pelantikan Pengerusi seterusnya adalah berdasarkan jawatan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

     

    Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (“YAQ”)

     

    Pelantikan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sebagai Pengerusi adalah selaras dengan Tataujud dan Tataurusan Syarikat (Artikel No. 10 (a) (i)).

     

    Yayasan Warisan Anak Selangor (“YAWAS”)

     

    Pelantikan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sebagai Pengerusi adalah berdasarkan Pengarah Pertama dan sebagai Trustee (YAB Dato’ Menteri Besar pada ketika itu) yang dinamakan di dalam Tataujud dan Tataurusan Syarikat (Artikel No. 10 (b)). Pelantikan Pengerusi seterusnya adalah berdasarkan jawatan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

     

    Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (“PKNS”)

     

    Selaras dengan peruntukan di bawah Klausa 4(1)(a) Enakmen PKNS 1964 “Pengerusi adalah seorang yang pada masa tersebut memegang jawatan Menteri Besar Selangor”.

     

    Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (“PKPS”)

     

    Selaras dengan peruntukan di dalam Enakmen PKPS, No.2 Tahun 2005 (pindaan) Sub Seksyen (2) menyatakan Pengerusi PKPS hendaklah pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

     

    Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (“LPHS”)

     

    Selaras dengan peruntukan dalam Seksyen 4(1)(a) Enakmen LPHS 2001, Menteri Besar adalah pengerusi LPHS,

     

    Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn.Bhd. ( “PHSSB”)

     

    PHSSB adalah milikan penuh LPHS, oleh itu jawatan pengerusi secara otomatiknya di pegang oleh Pengerusi LPHS iaitu Menteri Besar .

     

Lampiran

Tiada Lampiran.