Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

30) DEMAM DENGGI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk menangani masalah deman denggi?

    Perancangan jangka pendek dan jangka pendek Kerajaan Negeri untuk
    menangani masalahdemam denggi adalah :

    Jangka pendek
    i) Mengadakan gerak gempur “Ops bersih” selama 2 bulan bermula pada
    10 Mei ini di lokaliti-Iokalitiwabak iaitu :

    • Petaling (ShahAlam , Subang Jaya, Petaling Jaya)
    • Klang (Bandar Sultan Sulaiman, Pandamaran, Taman Sentosa, Bkt.
      Tinggi, Kg. Jawa, PadangJawa, Jalan Meru)
    • Hulu Langat (Bandar Baru Bangi, Bandar Kesuma, Semenyih,
    • Gombak (BandarTasik Puteri,Taman Seri Gombak, Batu Cave)
    • Kuala Selangor (Batang Berjuntai)

    Dalam operasi ini akan dijalankan :

    • Pemeriksaan rumah ke rumah untuk nyamuk aedes, pemberian ubat
      jentik-jentik dan semburan asap.
    • Pemeriksaan tapak binaan, projek terbengkalai, kilang besi buruk dan
      lain-lain.
    • Hebahan awam melalui media massa, pemasangan bunting, poster
      dan pengumuman bergerak.
    • Pamerandan ceramah mengenai pencegahandan kawalan denggi.

    ii) Menggerakkan penduduk untuk mengadakan gotong-royong di kawasan
    atau lokaliti wabak dan bukan wabak, khasnya penglibatan proaktif dari
    ketua masyarakatlAdunkawasan untuk menjayakanaktiviti ini.

     

     

    Jangka panjang

    i) Mewujudkan “Skuad Denggi” di semua lokaliti-Iokalitiberwabak di negeri
    Selangor yang terdiri daripada ahli jawatankuasa penduduk dan diketuai
    oleh Adun kawasan masing-masingsebagai penasihat bagi menjalankan
    aktiviti “mencari dan memusnah” tempat-tempat pembiakan nyamuk di
    dalam dan luar kawasan rumah masing-masing.
    Perancangan penubuhan skuad ini akan diadakan pada bulan Jun 2008.

    ii) Menambah peruntukan bagi program kawalan penyakit bawaan vektor
    oleh PBT

    • Pengwujudan dan pengisian jawatan mengikut norma setiap 100,000
      penduduk mempunyai 1 Penolong Pegawai kesihatan Persekitaran
      (PPKP), 16 Pembantu Kesihatan Awam (PKA) dan 16 Pekerja
      RendahAwam (PRA).
    • Penambahan peruntukan bagi pembelian peralatan dan bahan kimia
      yang diperlukan untuk kawalanvektor.
    • Pengwujudan dan pengisian jawatan kumpulan pengurusan dan
      profesional (Pegawai Kesihatan, PegawaiSains (Ahli Kaji Serangga).

    iii) Mendidik masyarakat mengenai cara hidup sihat cegah denggi

    • Murid-muridsekolah (Melalui Program BersepaduSekolah Sihat)
    • Masyarakat Am (Hebahan melalui Media Masa, Majalah, Buletin)
    • Anggota Kerajaan (Melalui Pekeliling, Bengkel, Seminar)
    • Anggota Institusi Swasta (Melalui Ketua Institusi, Bengkel, Seminar)
    • Lain-lain (Melalui Pertubuhan-pertubuhandan lain-lain)