Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

65) DEMAM DENGGI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang membuat kajian tentang punca dan sebab peningkatan kes deman denggi di Selangor dan sila senaraikan butir-butir dan manfaat kajian tersebut

    Jabatan Kesihatan Negeri tidak dapat menjawab soalan ini dan ianya
    seharusnyadijawab oleh Pihak KerajaanNegeri.
    Walau bagaimanapun Jabatan ini sentiasa mengkaji serta menjalankan analisa
    data-data yang sedia ada dan telah mengambiltindakan yang sewajarnya.
    Selain itu beberapa kajian saintifik sedang dan telah dilaksanakan oleh institusiinstitusi lain yang berada di bawah KerajaanPusat (KKM dan IMR) seperti ;
    i. Kajian untuk membangunkan model bagi meramal wabak denggi di
    sesuatu lokaliti yang dilaksanakan bersama Institut Penyelidikan
    Perubatan (IMR).
    ii. Kajian “National Health Morbidity Study III” pada 2006 yang
    dilaksanakan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan
    menilai tahap pengetahuanmasyarakat berkaitan demam denggi dan
    faktor persekitaran,menilai tahap amalan pencegahandemam denggi
    di kalangan masyarakat dan menilai respons masyarakat terhadap
    aktiviti kawalan oleh agensi berkaitan. Kajian ini dilaksanakan di
    bawah peruntukkan KementerianKesihatanMalaysia.
    iii. Kajian “KAP” (Knowledge Application & Practice) Dengue bertujuan
    menilai tahap pengetahuan, pelaksanaan dan amalan dalam
    mengawal kes demam denggi di kalangan masyarakat dan
    kakitangan agensi yang terlibat dalam kawalan vektor denggi yang
    dalam perancangan pelaksanaan dengan Institut Pengurusan
    Kesihatandi mana peruntukkandi sediakan oleh Institut ini.
    iv. Beberapa kajian saintifik sedang dijalankan di bawah RMK 9
    dilaksanakan oleh KKM bersama Universiti Tempatan berbentuk
    biomedikal bagi aspek-aspek rawatan serta juga strategi pencegahan dan kawalan

Lampiran

Tiada Lampiran.