DEMAM DENGGI
38) DEMAM DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kes deman denggi telah mencecah angka yang membimbangkan terutamanya di Negeri Selangor terutamanya Dun Sungai Pelek. Bagaimanakah mengatasi masalah ini?
Pada tahun ini, sehingga 15 Mac 2014, sebanyak 17 kes yang berlaku di lokaliti Sungai Pelek daerah Sepang
Untuk mengatasi masalah ini, antara kaedah-kaedah yang dilakukan adalah seperti berikut:
- Aktiviti pencegahan
Strategi utama program kawalan denggi di Negeri Selangor adalah melalui aktiviti “cari dan musnah” kawasan potensi pembiakan nyamuk di dalam dan di luar rumah oleh setiap individu serta masyarakat. Aktiviti pencegahan ini termasuklah menerusi gotong-royong berkala (termasuklah gotong royong isi rumah) dan pemeriksaan rumah untuk pembiakan nyamuk sekurangnya ’10-minit sekali seminggu’, penubuhan Pasukan COMBI (‘Communication for Behavioral Impact’) Denggi dan Skuad Anti-Denggi di tempat kerja/belajar dan kawasan perumahan adalah antara langkah-langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan persekitaran adalah bebas aedes. Aktiviti ini berperanan memberi tanggungjawab kepada individu serta masyarakat termasu agensi terlibat bagi bersama mengatasi masalah denggi.
Disamping itu, masyarakat digalakkan untuk melaksanakan tindakan proaktif perlindungan diri seperti menggunakan baju lengan panjang/ seluar panjang semasa luar rumah pada waktu puncak jangkitan (awal pagi dan lewat petang) serta memakai “insect repellent” terutama di kawasan berisiko tinggi. Tindakan sebegini mampu mencegah daripada gigitan nyamuk. Bagi aplikasi sendiri di rumah, penggunaan alat sembur nyamuk (aerosol) serta racun pembunuh jentik- jentik adalah amat digalakkan bagi mengurangkan risiko.
- Aktiviti Kawalan
Tindakan kawalan oleh Jabatan Kesihatan dan Pejabat Kesihatan Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan seperti semburan kabus serta larviciding akan dilakukan jika terdapat kes atau wabak dilapor berlaku di kawasan terlibat di samping tindakan penguatkuasaan yang dilaksana secara berterusan dari masa ke semasa.
