Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

187) DENGGI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk program yang telah dimanfaatkan dari peruntukan ini?

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta pada tahun 2016 bagi melaksanakan aktiviti pencegahan & kawalan Denggi di peringkat Negeri. Antara program yang telah dilaksanakan adalah penyaluran RM10,000.00 kepada setiap DUN bagi bersama-sama melaksanakan aktiviti pencegahan di kawasan masing-masing. Peruntukan ini boleh digunakan untuk tujuan seperti berikut:

    • Program gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran;
    • Pembelian barang pencegahan Denggi; dan
    • Inisiatif baru untuk kawalan Denggi.

    Selain itu, sebanyak RM210,000.00 telah disalurkan kepada 3 PBT di Petaling iaitu MBSA, MBPJ dan MPSJ bagi memantapkan lagi aktiviti kawalan dan pencegahan denggi memandangkan 3 kawasan PBT ini didapati penyumbang kes tertinggi di Selangor. Peruntukan ini bagi membolehkan PBT membeli racun atau bahan kimia untuk aktiviti ‘larvasiding’  bagi membunuh jentik-jentik Aedes, aktiviti Semburan Ruang Thermal / ‘fogging’ dan aktiviti Semburan ruang ULV bagi membunuh nyamuk Aedes. Selain itu, PBT juga menjalankan kempen serta aktiviti promosi kesedaran Denggi di sekolah-sekolah dan kawasan lokaliti wabak.

Lampiran

Tiada Lampiran.