Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

109) DENGGI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Selain dari program gotong royong, adakah ada pendekatan lain bagi menangani masalah nyamuk aedes?

    Pendekatan lain untuk menangani masalah nyamuk Aedes termasuk:

    1. Aktiviti- aktiviti untuk memastikan kebersihan di rumah, tempat kerja dan alam sekeliling dipelihara  sepanjang masa (‘24/7’) untuk menghalang risiko pembiakan nyamuk Aedes.
    2. Elakkan daripada tabiat masyarakat membuang sampah merata-rata/ sampah haram dan memastikan semua sampah domestik/kebun/pukal dibuang secara teratur dengan sistem pungutan yang efektif.
    3. Menggunakan ubat jentik-jentik, saperti Abate dan Bti, di tempat air bertakung yang tidak dapat dihapuskan.
    4. Menubuhkan Pasukan Combi/ Skuad Anti-Denggi di tempat tinggal/ kerja supaya aktiviti komuniti dalam pencegahan pembiakan nyamuk Aedes dilaksanakan secara konsisten dan berkala.

Lampiran

Tiada Lampiran.