Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

127) DENGGI

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peratus faktor sikap manusia menyumbang kepada isu Denggi di Selangor? Sila nyatakan mengikut PBT

    Salah satu faktor utama sikap manusia yang menyumbang  kepada  peningkatan kes denggi ini adalah sikap masyarakat yang tidak mahu mengambil tahu dan mengambil tanggungjawab dalam menjaga kebersihan terutama di kawasan dalam rumah dan sekeliling. Sikap sambil lewa ini bukan sahaja membahayakan keluarga tetapi juga masyarakat sekeliling memandangkan nyamuk tidak mengenal

    Masalah membuang sampah tidak pada tempatnya  juga  merupakan  sikap yang sukar di kawal di peringkat pihak berkuasa memandangkan perkara ini adalah terletak pada diri masing-masing. Walaupun  telah  disediakan  tong- tong sampah, sikap malas dan ambil jalan mudah segelintir masyarakat akan menyebabkan sampah berada di merata kawasan  dan  menyebabkan  wujudnya tempat pembiakan.

    Kebergantungan yang tinggi masyarakat terhadap pihak berkuasa negeri membuatkan semua masalah domestik hanya diletakkan di bahu  pihak berkuasa dan tidak di sandang bersama-sama. Sebagai  contoh  jika  berlaku kes demam denggi, masyarakat hanya mengharapkan pihak berkuasa untuk membuat semburan kabus dan bukan mengambil  inisiatif  untuk  bersama- sama membersihkan kawasan rumah dan sekeliling.

    Berbalik kepada pertanyaan Yang Berhormat Batu Tiga mengenai peratusan faktor manusia menyumbang kepada isu denggi, setakat ini Kerajaan Negeri belum menjalankan apa-apa kajian untuk mengenal pasti kadar sumbangan kepada kes denggi mengikut kategori faktor penyumbang.

Lampiran

Tiada Lampiran.