Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

150) DENGGI

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tahniah atas penurunan wabak denggi di Selangor. Apakah usaha yang dilaksanakan yang menyebabkan penurunan ini?

    a) dan b)

    1. Kes demam denggi bagi tahun 2016 iaitu 51,652 kes telah menunjukan penurunan sebanyak 18% berbanding dengan tahun 2015 iaitu 63,198 kes manakala kadar kematian bagi tahun 2016 iaitu 78 kes telah berlaku pengurangan sebanyak 39% kes berbanding tahun sebelumnya iaitu 127

     

    1. Sehingga 11 Mac 2017, Negeri Selangor telah mencatatkan sebanyak 9719 kes iaitu pengurangan sebanyak 38% kes demam denggi berbanding tahun 2016 iaitu 15,699 bagi tempoh yang sama dan pengurangan sebanyak 59% bagi kes kematian daripada 27 kes kepada 11

     

    1. Kejayaan ini adalah hasil dari pelbagai usaha telah dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bersama semua pihak yang terlibat termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan pemimpin masyarakat. Diantara usaha yang dilaksanakan bagi tahun 2016 yang menyebabkan penurunan ini adalah seperti berikut:

     

    • Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Negeri secara dwi mingguan untuk membincangkan masalah denggi dan dasar-dasar baru yang akan dilaksanakan di semua

     

    • Mesyuarat Denggi Peringkat Daerah pada setiap minggu yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah atau wakilnya. Mesyuarat ini

     

    melibatkan semua agensi di daerah tersebut termasuk PBT, PKD, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), wakil Hospital, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Ahli Majlis dan Penghulu, membincangkan kaedah penyelesaian sesuatu isu di kawasan wabak terutama hotspot dan tindakan segera yang perlu dilakukan.

     

    • Penyediaan Blueprint Menangani Wabak Denggi yang telah mengenal pasti 8 garis panduan untuk tindakan semua PBT dan akan melibatkan semua Agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri

     

    • Mewujudkan Unit Tindakan Denggi (UTD) akan diwujudkan di PBT yang mempunyai kawasan hotspot berpanjangan dengan menempatkan beberapa petugas denggi di kawasan tersebut bagi mengesan dan mengawal punca penularan kes. Petugas ini akan melakukan Pemeriksaan Tempat Pembiakan (PTP), fogging dan larvasiding dalam tempoh di tetapkan sehingga tiada kes dicatatkan di kawasan

     

    • Menggalakkan penglibatan Ahli Majlis di peringkat PBT dalam melaksanakan aktiviti pencegahan di kawasan masing-masing.

     

    • Melibatkan ADN dengan memperuntukkan sebanyak RM10,000 setiap kawasan bagi menjalankan aktiviti pencegahan di kawasan masing- masing.

     

    • Melantik Pest Controller Operator (PCO) bagi PBT yang berkemampuan untuk membantu melakukan aktiviti kawalan penularan denggi dan menurunkan jumlah kes denggi di kawasan wabak

     

    • Menetapkan setiap pemaju perumahan melantik ‘Pest Control Operator’ (PCO) dan melaporkan tindakan pencegahan yang dijalankan setiap bulan sehingga projek pembangunan

     

    • Mengadakan taklimat denggi kepada semua pemaju dan syarikat PCO di tapak bina di setiap PBT bagi menerangkan kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya pembiakan jentik-jentik.

     

    • Mengadakan taklimat kepada kontraktor pembersihan di kawasan sekolah-sekolah dan kawasan PBT bagi menerangkan kawasan yang

     

    perlu diambil perhatian semasa membuat pembersihan dan kaedah menghapuskan tempat pembiakan Aedes.

     

    • Mengeluarkan notis pembersihan kepada pemilik tanah persendirian dan premis kotor yang berpotensi berlaku pembiakan jentik-jentik supaya tidak menjadi tempat pembuangan sampah haram dan tempat pembiakan Aedes.

     

    • Melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas 4 kategori premis seperti tapak bina, Premis Barang Lusuh, tapak semaian serta kawasan komersial sedang digiatkan. Bagi penemuan jentik-jentik di tapak bina, tindakan penutupan selama 2 minggu

     

    1. Bagi memastikan kadar kes demam denggi terus berkurangan untuk tahun 2017, Kerajaan Negeri juga telah melancarkan satu Program Semburan Aerosol Selangor – SAS pada 26 Februari 2017 di semua Pihak Berkuasa Tempatan. Program ini adalah satu langkah proaktif bagi mengawal dan mencegah penularan wabak denggi yang bermula di rumah. Program SAS ini di ilhamkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya penggunaan Aerosol di dalam rumah supaya ahli keluarga dapat dilindungi daripada nyamuk Aedes yang berkemungkinan berada dekat dengan anda. Kaedah pencegahan ini amat mudah dilaksanakan oleh setiap isi rumah dengan mematuhi arahan yang terdapat pada label. Ini merupakan fasa pertama yang telah dirancang oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor bagi mencegah kes demam denggi daripada terus meningkat. Langkah ini diambil lanjutan peningkatan kes yang berterusan sejak 10 minggu kebelakangan ini dan tidak mahu peningkatan kes yang mendadak berulang seperti tahun

     

    1. Kerajaan Negeri telah menyumbang dan mengagihkan aerosol bagi kawasan yang berisiko terkena jangkitan denggi melalui Pihak Berkuasa Tempatan dan akan diteruskan pelaksanaannya oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi satu tempoh masa 3 bulan pertama. Semua Ahli Dewan Negeri boleh menggunapakai peruntukan denggi RM10,000.00 di kawasan masing-masing bagi meneruskan dan menggalakkan penggunaan aerosol di dalam

     

Lampiran

Tiada Lampiran.