Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

316) DENGGI DAN ZIKA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah persiapan awal kerajaan negeri untuk mencegah wabak Zika?

    Antara usaha yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Negeri Selangor mencegah wabak Zika adalah melalui pengesan survelan terutama di pintu masuk negara dan juga survelan kes di fasiliti kesihatan melibatkan hospital dan klinik kerajaan juga swasta. Selain itu, survelan makmal juga telah dimulakan di mana pemantauan dilaksanakan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK).

     

    Kawalan aktiviti lapangan bagi penyakit Zika pula turut menggunakan pendekatan yang sama seperti kawalan denggi. Ini adalah kerana vektor penyakit berkenaan adalah sama dengan denggi iaitu nyamuk aedes.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.