Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

251) DESA SUBANG PERMAI – JALAN ALTERNATIF KE KILANG KILANG SEKITAR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh mana status pembinaan laluan alternatif tersebut telah berjalan memandangkan kerja jalan dan parit di jangka di laksanakan pada tahun 2020 ?

    Berikut adalah status terkini bagi jalan alternatif ke sekitar kilang di Desa Subang Permai:-

     

    1. Penyediaan Kemudahan Jalan Untuk Lot-Lot Kilang PT 3995-PT 4001, PT 3734 & PT 3735 Melalui Jalan Bukit Badak.

     

    Jangkaan jadual kerja bagi penyediaan kemudahan jalan untuk kegunaan kilang yang terlibat di Jalan Bukit Badak (bersebelahan perumahan Desa Subang Permai seksyen U6)

     

    SKOP KERJA & TEMPOH 

     

    1. Kerja pengukuran (Nov. 2019)
    • Kerja-kerja pengukuran ditapak & penyediaan pelan ukur telah siap dilaksanakan.

     

    1. Pejabat Tindakan Daerah Petaling akan mengeluarkan notis mengosongkan rezab jalan pada bulan April 2020

     

    • Pihak Majlis akan membuat lantikan Perunding bagi penyediaan dokumen tender & pelan perincian.

     

    1. Kerja-kerja menyediakan kemudahan infrastruktur dijangka akan dimulakan dalam tempoh 6 bulan selepas tindakan perkara iii diatas.

     

     

     

    1. Penyediaan Kemudahan Jalan Untuk Lot-Lot Kilang Lot 4012-4023 (Pemutihan Kilang) Melalui Jalan Perumahan Desa Subang permai.

     

    SKOP KERJA & TEMPOH 

     

    1. Mesyuarat pada 26 Februari 2020 bersama pemilik-pemilik kilang minta persetujuan untuk penyerahan tanah bagi menyediakan kemudahan infrastruktur untuk simpanan & serahan jalan selebar 6 meter.

     

    1. Kesemua pemilik-pemilik tanah terlibat bersetuju untuk berkongsi kos dalam menyediakan kemudahan infrastruktur tersebut.

     

    • Pihak Majlis akan membuat lantikan Perunding bagi penyediaan dokumen tender & pelan perincian.

     

    1. Kerja-kerja menyediakan kemudahan infrastruktur dijangka akan dimulakan dalam tempoh 6 bulan selepas tindakan perkara iii diatas.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.