Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

242) DESTINASI PELANCONGAN BARU DUN SEKINCHAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila huraikan apakah bantuan dan peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri bagi menjayakan matlamat tersebut ?

    Sekinchan ialah sebuah pekan kecil di daerah Sabak Bernam yang mempunyai banyak keistimewaan dan daya tarikan tersendiri dari aspek pelancongan. Kerajaan Negeri Selangor dan Tourism Selangor telah banyak membantu terutama dari aspek promosi dan publisiti bagi membantu Sekinchan untuk terus terkenal kerana beberapa faktor boleh menjadi faktor kekurangan pelancong terutama iaitu dari aspek kedudukan yang jauh dari Shah Alam dan Kuala Lumpur.

    Keunikan Sekinchan yang berkedudukan hampir dengan pesisir pantai serta disekelilingi pula dengan kebun buah-buahan serta keindahan sawah padi saujana mata memandang . Kemeriahan lebih terasa apabila tiba musim menuai dan yang paling menariknya di Sekinchan tiga kaum utama terlibat dalam mengerjakan sawah padi iaitu Melayu, Cina dan yang paling menarik ialah kaum India juga membuat sawah padi yang jarang berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia.  Selain itu, buah-buahan segar seperti mangga , ciku dan nangka yang enak dan manis menanti kehadiran pelancong serta hasil tanaman seperti jagung, keladi serta ubi kayu sentiasa boleh didapati hampir sepanjang tahun. Selain produk pertanian, Sekinchan juga begitu sinonim dengan hasil laut yang segar dan terdapat juga industri hiliran seperti udang kering, ikan masin, keropok serta industri membuat kek ikan dan bebola ikan.

    Berdasarkan ciri-ciri keistimewaan yang terdapat di Sekinchan Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangori telah membantu dalam banyak aspek terutama dalam mempromosikan destinasi ini samada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa . Berikut adalah beberapa tindakan yang telah dilakukan oleh Tourism Selangor dalam membantu mempromosikan Sekinchan seperti :

    1. Menyediakan risalah pelancongan
      • Selangor Breakaway
      • Risalah Pelancongan daerah Sabak Bernam
      • Selangor Vision
    2. Membawa wartawan dan pengamal media melalui Selangor Shines Fam Tour 2011.
    3. Membawa deligasi agensi pelancongan dari Singapura melalui Fam Tour Agensi Pelancongan dari Singapura.
    4. Promosi melalui laman web TSSB
    5. Promosi Pelancongan dalam dan luar negara
      • Roadshow Selangor Shines seluruh negara
      • Kembara Selangor Shines sekolah menengah dan IPTA / IPTS seluruh Selangor
      • MASUM / SMIFT
    6. Promosi Luar Negara
    • ATM Dubai
    • WTM London
    • Fascinating Malaysia Travel Fair Singapura

    7. Tajaan penerbitan ‘ Sekichan Tourist Book ‘

    8. Tajaan penginapan krew penerbitan Singapura ‘Mediacorp Singapore’ bagi penyediaan drama cina bagi siaran Singapura yang menjadikan Sekinchan sebgai lokasi pengambaran.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.