Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

213) DEWAN KEMASYARAKATAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan akan mengambil tindakan atas dewan parti yang kini haram dibina atas tanah kerajaan?

    Ingin dimaklumkan bahawa, kebanyakan dewan awam yang dimiliki oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dibina di atas tanah kerajaan iaitu di kawasan rezab kemudahan masyarakat setempat dan bukan dikhususkan untuk kegunaan sesebuah organisasi atau mana-mana parti

    Sekiranya terdapat sesebuah bangunan atau struktur binaan seperti dewan parti yang dibina di atas tanah kerajaan selain dari rezab-rezab yang dibenarkan tindakan boleh diambil melalui kanun Tanah Negara (KTN) bagi isu tanah dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) mbagi struktur binaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.