Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

136) DEWAN KONVENSYEN BANDAR BARU BANGI

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah perancangan untuk membina Dewan Konvensyen di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi?

    Pihak MPKj tiada perancangan untuk membina Dewan Konvensyen di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi kerana tiada tapak yang diperuntukkan bagi tujuan tersebut. Walau bagaimanapun, sebuah dewan serbaguna telah dibina di kawasan Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat yang juga boleh dimanfaatkan untuk kemudahan warga Bandar Baru Bangi.

Lampiran

Tiada Lampiran.