DEWAN ORANG RAMAI DI TAMAN IMPIAN EHSAN
18) DEWAN ORANG RAMAI DI TAMAN IMPIAN EHSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kawasan DUN Balakong kekurangan balai raya dan dewan orang ramai untuk kegunaan aktiviti penduduk taman seperti Taman Impian Ehsan, Taman Seri Timah, Taman Sutera dan lain-lain lagi. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang memperuntukkan bajet untuk mendirikan balai raya atau dewan orang ramai di taman-taman di kawasan DUN Balakong?
Majlis Perbandaran Kajang tidak mempunyai peruntukan bagi pembinaan dewan.
Pembinaan dewan sebelum ini menggunakan peruntukan Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri.
