Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

43) DEWAN SERBAGUNA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dewan serba guna secara sempurna masih belum ada lagi di Bandar Baru Bangi. Adakah cadangan dari PKNS akan membina Kompleks Dewan Serbaguna tersebut

    Perbadanan telah memperuntukan 4 tapak Dewan Serbaguna di dalam pelan
    perancangan Bandar Baru Bangi. Walau bagaimanapun mengikut kelulusan MMKN
    tapak berkenaan diwartakan di bawah Seksyen 62 KTN, di mana Pegawai Pengawalnya
    adalah Setiausaha Kerajaan Selangor dan dikawal selia oleh MPKj. Oleh yang
    demikian, pembinaan dewan tersebut adalah di bawah tanggungjawab pihak Majlis
    Perbandaran Kajang.
    Bil Alamat Keluasan Status
    1. Jalan 2/1G, Sek. 2 1.5 ekar Telah dibina oleh JKR
    2. Jalan 4/1, Sek. 4 1.2 ekar Masih kosong
    3. Jalan 7/1A, Sek. 7 0.71 ekar Telah dibina oleh PKNS dan
    diserahkan kepada MPKj
    4. Jalan 6C/4, Sek. 16 0.6 ekar Bangunan telah didirikan untuk
    kegunaan Sekolah Agama Lepai

Lampiran

Tiada Lampiran.