Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

18) DEWAN SERBAGUNA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah dewan orang ramai yang masih boleh digunakan dan tidak boleh digunakan?

    Jumlah keseluruhan dewan orang ramai yang masih boleh digunakan di semua PBT adalah sebanyak 433 unit. Manakala, jumlah keseluruhan dewan orang ramai yang tidak boleh digunakan di semua PBT adalah sebanyak 2 unit iaitu di Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Butir-butir jumlah dewan orang ramai yang masih boleh digunakan dan tidak boleh digunakan adalah seperti berikut:-

     

    PBT Jumlah Dewan Orang Ramai Boleh Digunakan Jumlah Dewan Orang Ramai Tidak Boleh Digunakan
    MBSA 64 0
    MBPJ 41 0
    MPK 28 1
    MPAJ 114 0
    MPSJ 89 0
    MPS 16 1
    MPKJ 25 0
    MPSP 13 0
    MDKL 8 0
    MDHS 14 0
    MDKS 8 0

     

    MDSB 13 0
    JUMLAH 433 2

     

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri melalui Belanjawan 2017 telah mencadangkan pembinaan 3 buah Dewan Banquet yang dilengkapi dengan kemudahan dan teknologi moden di Taman Melawati, Hulu Klang, Taman Bukit Mahkota, Kajang dan Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Pelaksanaan pembangunan ini akan dilaksanakan secara usahasama antara PBT dan Menteri Besar Perbadanan (MBI) dalam tempoh 5 tahun selaras dengan Pelan Strategik Negeri Selangor 2018 hingga 2022 di bawah Strategi 3: Menaiktaraf Kemudahan Awam Dan Asas PBT/ luar bandar.

Lampiran

Tiada Lampiran.