Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

102) DEWAN SUKAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina gelanggang sukan pelbagai guna bentuk seperti dewan tertutup atau stadium tertutup seperti Stadium MPSJ Serdang Jaya di Daerah Gombak?

    Kerajaan Negeri pada masa ini tidak berhasrat untuk membina gelanggang sukan pelbagai guna bentuk memandangkan sudah terdapat stadium tertutup di Negeri ini seperti Stadium Malawati, Stadium Kuala Selangor dan Stadium Serdang yang boleh digunapakai untuk menjalankan program-program sukan terutamanya oleh golongan generasi muda. Di samping itu, pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna bentuk tersebut sudah tentu akan melibatkan kos pembinaan yang tinggi termasuk kos penyelenggaraan yang perlu diambil-kira di mana satu kajian perlu dibuat untuk kesesuaian terhadap cadangan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.