Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

78) DEWAN TERBIAR DI DUN KG. TUNKU

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dewan terbiar di Jalan 551/1 Kampung Tunku telah menjadi tempat penagih dadah. Adakah dewan itu akan di roboh dan apakah penyelesaian MBPJ untuk mengatasi masalah ini?

    Dewan di Jalan 55 1/1 Kampung Tunku tidak akan dirobohkan seperti mana
    keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 5elangor Darul Ehsan
    yang diadakan pada 7 Mac 2007 MMK ke 8/2007 talah memutuskan supaya :-

    “Majlis Bandar raya Petaling Jaya diminta menyerahkan balik tanah di Lot 1915
    berkenaan berserta bangunan dewan separuh siap di atasnya kepada pemilik.”

    Majlis pada 15 Mei 2007 telah memaklumkan keputusan tersebut kepada pemilik tanah iaitu Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia Berhad berkenaan keputusan MMKN.

Lampiran

Tiada Lampiran.