Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

141) DEWAN TERBUKA UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah jenis peruntukan di peringkat negeri yang dapat dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah bagi tujuan membina dewan terbuka yang amat diperlukan untuk kemudahan aktiviti para pelajar?

    PBT hanya membina dewan awam di tapak-tapak yang telah disediakan sebagai tapak dewan atau tapak yang telah diserahkan oleh pemaju kepada kerajaan sebagai tapak dewan untuk tujuan kemudahan kepada masyarakat. Oleh yang demikian, tiada peruntukan bagi membina dewan terbuka di sekolah-sekolah. Dewan yang dibina di sekolah bagi memudahkan pelajar menjalankan pelbagai aktiviti adalah tertakluk kepada peruntukan pembangunan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Lampiran

Tiada Lampiran.