Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

293) DIALOG PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) BERSAMA PENDUDUK

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah PBT kerap melakukan interaksi dialog bersama penduduk?

    Ya, PBT kerap melakukan interaksi dialog bersama penduduk sama ada perjumpaan yang dirancang oleh PBT atau perjumpaan di atas permintaan daripada persatuan penduduk sendiri. Program ini tidak terhad kepada isu dan masalah yang dihadapi oleh penduduk di sesuatu kawasan, akan tetapi ianya meliputi makluman dan sesi dialog bagi mendapatkan pandangan penduduk berkaitan dasar Kerajaan Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.