Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

83) DIREKTORI PERMENTORAN USAHAWAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Ramai orang muda yang menjadi usahawan gagal kerana tidak mempunyai bimbingan yang lengkap. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai panel mentor dan jabatan dan agensi yang berkaitan untk mempastikan golongan muda mempunyai maklumat yang lengkap dan tepat?

    Pihak Kerajaan Negeri mempunyai panel mentor yang sentiasa membincangkan dan memantau aktiviti-aktiviti usahawan. Panel mentor tersebut dikenali sebagai Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan. Di samping itu juga, Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor juga telah mewujudkan Sekretariat Pembangunan Usahawan Selangor yang kelak akan menjadi pusat rujukan untuk semua usahawan di Negeri Selangor. Ahli Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor dan Sekretariat Usahawan Negeri Selangor adalah:-

    1. Unit Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Seksyen Sektoral, UPEN;
    2. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS);
    3. Kumpulan Perangsang Selangor (KPS);
    4. Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS);
    5. Hijrah Selangor; dan
    6. Wakil dari setiap Pejabat Daerah / Tanah.

    Suka dimaklumkan juga bahawa pada 10 hingga 12 Ogos yang lalu, Kerajaan Negeri telah menghantar 2 orang pegawai ke Program Latihan dan Pentauliahan Sebagai BisKaunselor di Institut Keusahawanan Negara Berhad. Sekiranya pegawai-pegawai terlibat telah rasmi melakukan sesi kaunseling kepada 50 orang usahawan dengan jayanya, pegawai-pegawai tersebut akan ditauliahkan dan diiktiraf sebagai BisKaunselor dan pegawai-pegawai ini secara tidak langsung layak untuk menjadi mentor usahawan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.