Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

63) DISKAUN 25% CUKAI PINTU PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah bilangan Pangsapuri kos rendah di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?

    Merujuk kepada rekod Unit Pesuruhjaya Bangunan di semua kawasan pihak berkuasa tempatan, jumlah kawasan dan bilangan unit bagi pangsapuri kos rendah di negeri Selangor seperti berikut:

    BIL.   NAMA PIHAK BERKUASA   JUMLAH   BILANGAN
      TEMPATAN KAWASAN UNIT
      PEMAJUAN  
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam 109 16,008
    2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 410 36,620
    3. Majlis Perbandaran Subang Jaya 124 32,232
    4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 179 31,470
    5. Majlis Perbandaran Klang 120 17,242
    6. Majlis Perbandaran Selayang 57 18,350
    7. Majlis Perbandaran Kajang 259 38,296
    8. MajlisPerbandaran Sepang 8 2,765
    9. Majlis Daerah Hulu Selangor 17 1,863
    10. Majlis Daerah Kuala Langat 6 1,996
    11. Majlis Daerah Kuala Selangor 24 4,956
    12. Majlis Daerah Sabak Bernam 0 0
    JUMLAH KESELURUHAN   1,313 201,798

Lampiran

Tiada Lampiran.