Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

88) DIVIDEN ANAK-ANAK SYARIKAT KEPADA KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan semua anak-anak syarikat kerajaan negeri, keuntungan/kerugian tahunan dan dividen yang dibayar kepada kerajaan Negeri untuk setiap tahun dari 2008 hingga 2015

    Dividen adalah pengagihan sebahagian keuntungan syarikat kepada pemegang saham berdasarkan peratusan saham yang dimiliki. Setiap pembayaran dividen mestilah diisytiharkan.

    Anak Syarikat Kerajaan Negeri didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dengan pegangan saham sebanyak 50% atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk mengundi. Berikut merupakan senarai Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor :-

    Bil Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor
    1 Permodalan Negeri Selangor Berhad
    2 Bukit Beruntung Golf & Country Resort
    3 Tourism Selangor Sdn Bhd
    4 Communication Corporation Sdn Bhd
    5 Rantaian Mesra Sdn Bhd
    6 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd
    7 MSNS Holdings Sdn Bhd
    8 Kumpulan Darul Ehsan Berhad
    9 Kumpulan Semesta Sdn Bhd
    10 Invest Selangor Berhad
    11 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
    12 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor

    Senarai semua anak-anak syarikat kerajaan negeri, keuntungan / kerugian tahunan dan dividen yang dibayar kepada kerajaan Negeri untuk setiap tahun dari 2008 hingga 2015 adalah seperti dijadual.

     

    BIL

     

    ANAK SYARIKAT

     

    KEUNTUNGAN / KERUGIAN TAHUNAN

     

    (RM)

     

    TAHUN KEWANGAN / DIVIDEN DIBAYAR

    (RM)

     

    JUMLAH DIVIDEN TAHUN 2008 – 2015

    (RM)

    1 Permodalan                               Negeri Selangor Berhad 2008 – (15,618,085)

    2009 – 8,016,448

    2010 – 23,392,659

    2011 – 28,385,881

    2012 – 9,265,033

    2013 – 47,702,682

    2014 – 10,264,730

    2015 – Belum Diaudit

    2008 – 864,000

    2009 – 900,000

    2010 – 1,800,000

    2011 – 1,800,000

    2012 – 1,800,000

    2013 – 1,800,000

    2014 – 1,800,000

    2015 – TIADA

    *10,764,000
    2 Kumpulan        Semesta Sdn Bhd 2008 – 902,000

    2009 – 6,525,000

    2010 – 13,484,000

    2011 – 12,016,000

    2012 – 8,058,000

    2013 – 11,921,000

    2014 – 19,204,000

    2015 – Belum Diaudit

    2008 – TIADA

    2009 – 3,500,000

    2010 – 14,000,000

    2011 – 6,000,000

    2012 – 6,000,000

    2013 – 15,000,000

    2014 – TIADA

    2015 – TIADA

    *44,500,000
    3 Bukit Beruntung Golf &

    Country Resort

    TIADA TIADA TIADA
    4 Tourism Selangor Sdn Bhd 2008 – (430,023)

    2009 – (183,173)

    2010 – 58,488

    2011 – 2,111,591

    2012 – 1,471,439

    2013 – (989,167)

    2014 – (2,857,191)

    2015 – Belum Diaudit

    TIADA TIADA
    5 Communication Corporation Sdn Bhd 2009 – (723,628)

    2010 – 670,380

    2011 – 481,988

    2012 – (1,115,764)

    2013 – (943,855)

    2014 – (726,162)

    2015 – Belum Diaudit

    TIADA TIADA
    6 Rantaian   Mesra    Sdn Bhd 2008 – (112,152)

    2009 – (457,856)

    2010 – (482,915)

    2011 – (571,227)

    TIADA TIADA
        2012 – (161,686)

    2013 – (46,343)

    2014 – (42,697)

    2015 – Belum Diaudit

       
    7 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd 2008 – (1,633,580)

    2009 – (39,689,217)

    2011 – (35,684,651)

    2012 – (27,706,676)

    2013 – (18,406,946)

    2014 – (10,583,392)

    2015 – Belum Diaudit

    TIADA TIADA
    8 Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (MSNS Holdings Sdn Bhd) 2008 – 6,991

    2009 – 461,930

    2010 – (56,275)

    2011 – 39,949

    2012 – (4,397)

    2013 – 180,685

    2014 – 406,225

    2015 – Belum Diaudit

    2008 – TIADA

    2009 – TIADA

    2010 – TIADA

    2011 – TIADA

    2012 – TIADA

    2013 – 34,000

    2014 – 49,000

    2015 – TIADA

    *83,000
    9 Kumpulan Darul Ehsan Berhad 2008 – (122,488,000)

    2009 – (1,065,000)

    2010 – 42,653,000

    2011 – (5,160,000)

    2012 – 22,896,000

    2013 – (7,083,000)

    2014 – (144,398,000)

    2015 – Belum Diaudit

    TIADA TIADA
    10 Invest Selangor Berhad TIADA TIADA TIADA
    11 Yayasan Warisan Anak

    Selangor (YAWAS)

    TIADA TIADA TIADA
    12 Yayasan Dar Al Qard

    Al Hasan Selangor

    TIADA TIADA TIADA
    13 Yayasan Selangor 2008 – 128,000,000

    2009 – 25,710,000

    2010 – (5,090,000)

    2011 – 8,010,000

    2012 – 380,000

    2013 – (5,140,000)

    2014 – (21,870,000)

    2015 – Belum Diaudit

    TIADA TIADA

    Selain daripada tiga (3) anak syarikat Kerajaan Negeri yang membuat bayaran dividen tersebut, terdapat tujuh (7) syarikat yang menjalankan  program Kerajaan Negeri yang tidak bermotifkan keuntungan seperti senarai berikut :-

    Bil Anak Syarikat
    1. Tourism Selangor Sdn Bhd
    2. Communication Corporation Sdn Bhd
    3. Rantaian Mesra Sdn Bhd
    4. Invest Selangor Berhad
    5. Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
    6. Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor
    7. Pendidikan Industri YS Sdn Bhd

    Sehubungan itu, Kerajaan Negeri tidak mengarahkan anak-anak syarikat di atas tersebut untuk membuat pembayaran dividen kepada Kerajaan Negeri.

    Manakala, terdapat dua (2) anak syarikat Kerajaan Negeri yang merekodkan keuntungan di tahap sangat minimum/kerugian tahunan yang berterusan yang seterusnya menyebabkan syarikat-syarikat tersebut gagal untuk membuat pembayaran dividen kepada Kerajaan Negeri seperti berikut :-

    Bil Anak Syarikat
    1. Bukit Beruntung Golf & Country Resort
    2. Kumpulan Darul Ehsan Berhad

    Walaupun Kumpulan Darul Ehsan Berhad tidak membayar dividen kepada MBI, KDEB telah memberikan sumbangan bagi program-program Kerajaan Negeri. Pada tahun 2015, pihak KDEB telah menyumbang dalam pelbagai program Kerajaan Negeri seperti contoh yang berikut :-

    Bil Nama program Jumlah sumbangan

    (RM)

    1. Program     Rangsangan    Tanggungjawab    Masyarakat Selangor (RTMS) 2015 416,400.00
    2. Program Rangsangan Sukan Selangor (RSS) 2015 1,431,428.00
    3. Program Rangsangan Usahawan Selangor (RUS) 2015 616,118.00
    Jumlah 2,463,946.00

Lampiran

Tiada Lampiran.