DUA TAHUN PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH NEGERI SELANGOR
32) DUA TAHUN PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah prestasi ekonomi Negeri Selangor dalam masa pemerintahan Pakatan Rakyat?
- Ekonomi global telah mula menunjukkan tanda-tanda kestabilan pada suku kedua tahun 2009. Ini telah dicerminkan oleh peningkatan pengeluaran industri dan eksport dan telah menghasilkan pertumbuhan KDNK yang lebih baik di beberapa negara Bagi negeri Selangor, jangkaan pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2010 adalah dianggarkan dalam sekitar 2% – 3% berbanding keadaan yang menguncup pada tahun 2009. Kerajaan sangat optimis bahawa pertumbuhan ekonomi negeri Selangor bagi 5 tahun yang akan datang akan meningkat dan kekal positif melalui pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Inisiatif kerajaan bagi menggiatkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri termasuklah :-
- Menggalakkan penglibatan pihak swasta bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri;
- Melaksanakan amalan ketelusan (transparency) dalam semua peringkat pentadbiran;
- Merangka perbelanjaan dengan berkhemah dan tiada pembaziran;
- Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian agensi dan anak syarikat Kerajaan;
- Meningkatkan jumlah pelaburan pelabur-pelabur sedia ada serta menarik pelaburan baru ke negeri
Tumpuan utama akan diberi kepada sektor-sektor perdagangan dan perkhidmatan seperti logistik, kewangan dan ICT. Sektor perkhidmatan ini dianggar akan tumbuh positif dan memberi sumbangan yang lebih tinggi kepada KDNK negeri Selangor. Pertumbuhan ini akan dipacu oleh kecergasan aktiviti subsektor komunikasi, kewangan, insurans, perdagangan borong dan runcit dan yang berkaitan dengan sektor perkhidmatan.
