Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

156) E-CONSENT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terangkan cara-cara kegunaan e-consent secara ringkas

    Terdapat 2 kaedah menggunakan eConsent terhadap permohonan pindahmilik tanah iaitu :

    • Melalui Consent2u (http://consent2u.selangor.gov.my)
      • Permohonan pindahmilik tanah diisi oleh pemohon secara atas talian menggunakan sistem Consent2u di alamat url http://consent2u.selangor.gov.my) . Selepas mengisi dan menghantar permohonan secara atas talian, pemohon perlu mencetak slip pengesahan tersebut dan hadir ke pejabat tanah berkenaan dengan membawa slip pengesahan beserta butiran pemohon dan penerima pindahmilik tanah yang telah ditandatangani bersama dokumen sokongan untuk urusan pejabat
      • Kerani akan membuat semakan ke atas data-data permohonan yang telah dimasukkan oleh
      • Permohonan seterusnya diproses ke peringkat perakuan dan kelulusan secara online.

     

    • Melalui Kaunter
      • Pemohon perlu hadir ke kaunter Pejabat Tanah Dan Daerah berkaitan dan menghantar borang permohonan dan dokumen sokongan yang diperlukan iaitu borang senarai semak permohonan, butiran pemohon, butiran penerima, surat akuan pemohon dan surat akuan
      • Kerani akan membuat kemasukan data ke dalam sistem eConsent dan proses seterusnya akan dibuat secara online.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.