E-Kasih Di N39 Kota Damansara
28) E-Kasih Di N39 Kota Damansara
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senarai nama serta terperinci?
Jadual 1 : Statistik Pendaftaran eKasih DUN Kota Damansara sehingga 30 September 2020

Jumlah ketua isi rumah (KIR) yang berdaftar dibawah dun Kota Damansara yang berstatus miskin tegar adalah sebanyak 101 KIR, status miskin 162 KIR dan status terkeluar sebanyak 767 KIR. Ini menjadikan keseluruhan pendaftaran sebanyak 1,030 KIR di kawasan DUN Kota Damansara. Maklumat lebih lanjut boleh didapatkan dengan menulis permohonan kepada pihak Pejabat Pembangunan Negeri Selangor.
Nota:
Status terkeluar adalah merujuk kepada isi rumah yang terkeluar dari kategori miskin atau miskin tegar setelah bancian semula dilakukan (proses pemutihan) disebabkan oleh peningkatan pendapatan melebihi RM258 perkapita.
Status kemiskinan eKasih adalah merujuk kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu PGK 2016 seperti jadual 2 di bawah.

