E-KASIH
16) E-KASIH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri masih ingin meneruskan penggunaan sistem e-Kasih bagi permohonan Kad Kasih Ibu Smart Selangor dan Kad Peduli Sihat?
Untuk makluman ahli Yang Berhormat, buat masa ini pelaksanaan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) masih diteruskan dengan menggunapakai data-data dari sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) yang mengandungi maklumat sahih mengenai kemiskinan individu dan ianya juga menjadi tanda aras kepada penerima Program KISS bahawa mereka memerlukan bantuan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat yang berkeluarga bagi meringankan bebanan mereka.
Justeru itu, bagi membolehkan permohonan mereka layak untuk dipertimbangkan, pemohon atau pasangan mereka perlu berdaftar di dalam sistem eKasih yang kemudian akan dikategorikan sebagai kategori miskin atau miskin tegar.
