Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

121) E-STRATA DAN SELAMAT

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Difaham bahawa konsep e-strata dan portal https://strata2u.selangor.gov.my/ telah wujud sebelum ini. Sila beri penerangan, contoh dan illustrasi bagaimana sistem e-strata Secured Land Management System (SELAMAT) yang dilancarkan pada Januari 2015 boleh memudahkan transaksi tanah berstrata dan menjamin keselamatan transaksi tanah

    Sistem e-Strata berserta Portal https://strata2u.selangor.gov.my dan Secured Land Management System (SELAMAT) adalah merupakan dua sistem aplikasi yang berbeza di antara satu sama

    Sistem e-Strata adalah sistem yang dibangunkan di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang mengendalikan urusniaga dan bukan urusniaga yang melibatkan Hakmilik Strata. Sistem ini telah diguna pakai di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) dan sembilan (9) Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Negeri Selangor.

    Manakala SELAMAT merupakan satu sistem yang dibangunkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG). Sistem ini digunapakai bersekali dengan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) bagi mempertingkatkan keselamatan urusan hakmilik tanah (landed).

    Berikut diberikan penerangan berkaitan Sistem e-Strata dan SELAMAT.

    1. Sistem e-Strata

    Sistem e–Strata merupakan Sistem Pendaftaran Hakmilik Strata secara berkomputer bagi pembangunan berbilang tingkat seperti rumah kedai, pangsapuri dan rumah bandar (Town House). Sistem e–Strata telah dibangunkan dengan mengaplikasikan ciri-ciri keselamatan yang terkini selaras dengan kehendak serta keperluan Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan segala urusan yang melibatkan bangunan berstrata direkod dengan sempurna dan mampu dijadikan rujukan dimasa akan datang sekiranya wujud sebarang kes penipuan mahu pun fraud.

    Antara ciri-ciri keselamatan yang dibangunkan dalam Sistem e–Strata adalah :

    1. Penggunaan teknologi biometrik di mana setiap penyerah (pihak guaman) mahupun wakil penyerah (runner) akan direkod maklumat biometrik menggunakan maklumat cap jari dan MyKad. Semua penyerah dan wakil penyerah perlu disahkan terlebih dahulu identiti mereka menggunakan maklumat biometrik yang direkodkan, sebelum sebarang transaksi atau urusan diterima dan dilakukan di kaunter perserahan Hakmilik Strata tanpa sebarang

     

    1. Selain itu, semua maklumat dan dokumen–dokumen berkaitan permohonan pendaftaran maklumat penyerah akan diimbas dan seterusnya imej tersebut dimuatnaik ke dalam pangkalan data Sistem e-Strata bagi memudahkan semakan dengan kadar segera di Kaunter Perserahan tanpa mengambil masa yang lama. Proses ini telah memberikan kepuasan yang optimum kepada pelanggan yang berurusan di Kaunter Perserahan Strata secara khusus dan rakyat Negeri Selangor secara

     

    1. Sehingga kini, sebanyak 3,482 firma guaman dan syarikat serta 4,907 pendaftaran wakil penyerah (runner) telah diterima dan didaftarkan dengan menggunakan Sistem e-Strata dan data tersebut meningkat dari masa ke semasa.
    2. Secured Land Management System (SELAMAT)

    Sistem SELAMAT adalah sistem yang mengaplikasikan teknologi biometrik di dalam urusan pendaftaran hakmilik tanah (landed) yang melibatkan penggunaan Cap Jari dan MyKad dalam pengesahan identiti individu

    Objektif SELAMAT dibangunkan adalah untuk :

    1. Menentusahkan kesahihan maklumat dalam Borang 14A, suratkuasa wakil dan dokumen pengenalan

     

    1. Mengatasi masalah penipuan dan pemalsuan dokumen hakmilik tanah (geran tanah).
    2. Mengekalkan kepercayaan rakyat dan pelabur terhadap pentadbiran tanah dan kerajaan dengan menangani isu-isu penipuan dalam urusan pentadbiran tanah dengan lebih baik dan

     

    1. Merekodkan maklumat individu yang berurusan di pejabat tanah untuk rujukan dikemudian

     

    1. Mengatasi kelemahan penggunaan kata laluan iaitu ketidakrahsiaan kata

     

    1. Mengatasi isu dokumen hakmilik tanah dikutip / diambil oleh orang yang tidak dikenali oleh pemilik

     

    1. Menyimpan maklumat pemohon dan mendapatkan pengesahan atau verifikasi secara tepat mengenai kesahihan individu yang hadir semasa siasatan hakmilik hilang

     

    1. Meningkatkan produktiviti kakitangan apabila semua dilakukan secara sistem tidak memerlukan pengesahan secara manual. Menjimatkan kos, masa dan

     

    Pengguna Sistem SELAMAT adalah terdiri daripada:

    1. Orang awam (tuan tanah, pemegang amanah, pemegang surat kuasa wakil dan lain-lain);
    2. Wakil Peguam (runner);
    3. Peguam; dan
    4. Kakitangan PTGS dan

     

    Penggunaan Sistem SELAMAT dapat membantu:

    • Mengurangkan penipuan dan pemalsuan
    • Menambahkan tahap    keselamatan     bagi    pengurusan     dan pentadbiran maklumat
    • Mengatasi isu dokumen dikutip/ diambil oleh mereka yang tidak dipertanggungjawabkan oleh pemilik
    • Merekodkan data bagi pelanggan yang
    • Mengenal pasti kesahihan identiti dan melindungi integriti dan imej kakitangan PTGS dan PTD

     

Lampiran

Tiada Lampiran.