Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

236) EARLY INTERVENTION PROGRAMME

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Early Intervention Programme di bawah Kerajaan Negeri Selangor?

    Dalam menjadikan Negeri Selangor terus makmur dan sejahtera, Program Early Intervention Programme (EIP) telah dilaksanakan bermula tahun 2017 sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap golongan kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.

    Melalui program ini, Kerajaan Negeri dapat membantu institusi dan badan kebajikan yang menjalankan EIP di Selangor dengan menyalurkan bantuan kewangan untuk dimanfaatkan secara maksimum melalui penyediaan pendidikan dan pelbagai jenis terapi yang diperlukan oleh kanak-kanak.

    Pemberian sumbangan ini adalah sebagai tanda sokongan Kerajaan Negeri terhadap institusi berkenaan dalam menyantuni golongan kanak-kanak berkeperluan khas.

Lampiran

Tiada Lampiran.